Epal Musim Panas
Tersembunyi di sebalik pagar bunga matahari,kita berkucupan dalam keadaan tergesa-gesa,pipimu yang lembut,tampak sungguh manis.
Kita berkejaran mengejar arnab di atas rumput,tiada sesiapa yang melihat kita,kasut yang kita buka jadi penanda,membawa kita ke padang yang tidak dihirau sesiapa.
Tiada apa-apa pada musim panas itu,cuma kita jatuh cinta.
Bulan sabit yang menari-nari di malam haridi pertengahan musim panasmembawa mimpi cinta buat kita,sambil mengira bintang berwarna lemon,ku berikan sebuah kucupan di hatimu.
Bunyi seruling membawamu,ke dalam angin menuju ke tempatdi mana tiba musim luruh.
Epal hijau yang terlalu muda itu terasa sepertikertas berwarna perak ,kerana kau petik dari dahan kesakitan yang ranumdan beri padaku.
Kita bermimpikan ikan yang tidak tidur,ia adalah musim panas yang tak berpenghujung,musim, epal dan hati kitajuga lupa untuk bertukar warna.
Burung si penunjuk arah yang tidak tahan dengan kesejukan menyanyi,"Tak lama lagi musim luruh tiba "
Di pertengahan musim panas,bulan sabit melambai-lambai di malam hari,ku teringat cinta yang telah lama dilupakan,kepingan mimpi,bunyi bintang,ku berikan sebuah kucupan di hatimu.
Epal yang keanak-anakan pada musim panas itu,akan sentiasa menjadi buah hati ini.